BELAJAR DI KUPTM KL/KPTM KL: DIPLOMA IN TESL (PART 1)
Assalammualaikum anak-anakku... Pergh! Salam tak boleh blah. Ok ke tak result SPM? Ok ke tak ok ke takpe. Masuk uni/kolej nanti boleh usaha lagi. Yang ok tu Alhamdulillah... Kalau tak ok, lek lu. Masuk uni/kolej hang pulun lah seperti tiada hari esok. Kadang-kadang benda baik ni dia datang lambat sikit sebab nak tengok awak tu rajin usaha ke tak? Or maybe ada benda yang lagi baik awak nak dapat. Ha jadi manusia yang penyabar eh?
Post kali ni mesti lah post yang berguna (kan dah jadi nak tulis benda berguna mihmihmih). Macam aku dulu nak masuk KPTM KL (sekarang ni bukan KPTM KL dah. Dia dah level up jadi KUPTM KL). Apa dik? Engkau tak tahu KPTM tu stands for what? KPTM stands for Kolej Poly-Tech Mara (currently known as Kolej University Poly-Tech Mara). Jenuh jugak lah google sana sini hampir separuh gila sebab bagi aku belajar jauh dari rumah kena tahu sikit sebab karang dia punya nervous tu lagi teruk bila unprepared. Dia macam kau nak travel tapi mata engkau kena blindfold. Ha suka? So at least, before nak masuk uni/kolej tu better lah engkau ada sikit knowledge pasal tempat tu and pasal program yang engkau nak ambik. Pendekkan cerita aku sebenarnya dapat offer Dip. in apa ntah nama coursenya (related dengan veterinar lah jugak) kat UPM tapi disebabkan campus kat Bintulu dan aku sebagai seorang anak yang clingy dan cengeng, aku pun macam hm takpelah tolak lah. Nak nangis kot sebab aku nak program tu tapi tu lah tak check campus. Bangang 2.0!
Lalu, aku pun apply lah KPTM sbb kawan aku suggestkan. Dah elok pulak dia punya tarikh tutup apply tu bukak lagi. Yang UNISEL, UNIKL masa tu semua dah tutup application. Masa tu susah nak dapat info pasal benda-benda macam ni. Tak macam sekarang. Kat twitter melambak acc nak promote and alertkan kita pasal application unis/colleges/scholarships, due date eh semualah sama ada kau malas/rajin je. So, masa tu pun aku apply lah KPTM tapi aku dapat kat KPTM KOTA BHARU (KPTM ni banyak branches ya anak anak), Dip in Early Childhood Edu. Ha masa ni sekali lagi hampir jadi gila. Dah kenapa lah campus kat Kelantan sana? Mahu raya tak balik sebab tiket takde. So, aku call lah KPTM HQ mintak tukar ke program Dip. in Tesl kat campus Cheras, KL (ada makcik aku so cam behave lah sikit kalau belajar kat KL ye ye jekkk) Proses nak tukar ni senang je tapi disebabkan office dia susah betul nak pick up call, benda tu jadi lama. Sebab tu lah penting kena tahu pasal program kau nak appply. Jangan jadi macam aku main hauk je sebab nak cepat tak check campus kat mana. Menyusahkan diri sendiri sampai 2 kali sebab tak check campus KAHKAHKAH
So, before kau nak masuk KPTM ni mestilah ada documents nak kena prepare, cop apa mak nenek semua lah kan. Masa ni kau dah boleh pilih nak ambik PTPTN ke MARA. Dia dah stated kat dalam borang yang kena isi & bawak masa resgistration day. Tengok lah kelayakan. Kalau layak ambik MARA, kau hauk je lah nak. Rezeki kot! Bulan bulan ada elaun lagi. Documents dia memang leceh sikit tapi tu lah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!!! so better prepare sebelum nak pi register. Cuba bayangkan kau orang Perlis, nak ke ulang alik Perlis-KL every weekend nak settle kan documents? Letih kot dah la stress nak adapt dengan college life. So, settlekan lah documents yang perlu. Baca elok-elok and cop. Pastikan takde 1 document pun yang tertinggal sebab aku pernah kena dan sangat lah leceh. Benda pasal duit ni selagi tak settle memang serabut. Aku pernah kat tempat korang sampai menangis kot dia punya stress. Ni college, yuran pengajian pun dah beribu satu sem. Ha nak ke bayar guna duit sendiri? Susah dulu takpe.
And oh before nak pi daftar tu kena bayar macam yuran confirmation lah gitu (RM400+ tak silap). Kat mana nak bank in, macam mana nak bank in, semua dia dah stated dalam offer letter. Duit ni kalau dah bayar tetiba kau tukar fikiran tak nak masuk KPTM, duit tu burn. Memang tak boleh claim balik. Rasanya dia dah stated dalam offer letter. So, fikir lah sedalam-dalamnya ok? Masa hari nak daftar tu dia ada lah macam checkpoint dia (ha macam merentas desa kot HAHAHAHAHA) untuk documents checking, penyerahan documents, hostel, yang nak apply mara so bawak banyak bersabar eh? Bawak original documents sekali yang mana rasa penting letak elok-elok dalam file. Jangan letak merata-rata sebab masa hari registration ramai gila orang so memang senang nak hilang barang. Phone tu jangan nak pegang sangat. Simpan dalam poket/bag elok-elok. Please bawak pen sebab ada borang nak kena isi. Masa aku dulu documents tak lengkap (untuk MARA) takde lah dia halau balik. Dia bagi tempoh 2 minggu macam tu untuk lengkapkan documents.
Lepas dah settle semua, gerak pi hostel. Masa pi hostel ni, kitaorang dapat hostel sementara sebab ada problem apa entah (tak ingat sebab apa lol dah tua) Tapi takpe lah sebab tempat yang kitaorang duduk tu serius selesa gila. HAHAHAHAHAHAHA! Tak rasa macam hostel. Benda yang tak best pasal hostel ialah mesti lah kau nak level paling bawah kan sebab dah la kena naik tangga. Capek! Rasanya mostly hostel memang takde lif. So, aku dapat level 3! Level paling tinggi level 4 ha nak nangeh HAHAHAHAHAHAHA kurus jugak lah zaman sem 1. Dah la masa masuk tu pun dah dekat bulan puasa. Cuba bayangkan~~~ Barang-barang hostel pandai-pandailah kau buat list apa nak bawak, nak guna. Barang elektrik boleh bawak macam water heater. Iron aku tak sure tapi aku bawak je HAHAHAHAHAHAHA dia ada kena bayar macam yuran untuk setiap barangan elektrik tak silap aku. Takyah risau benda macam ni nanti warden hostel explain. Pasal kawan pulak jangan risau. Mesti ada kawan punya lah! Sama ada nak tak nak buat kawan je and ayat kena pandai pilih kawan tu tak payah pakai. Kau kawan je dan jadi bijak. Jangan orang terjun lombong, kau pun cam "OMG SERONOKNYA TERJUN LOMBONG! TERJUN BARENG YUK!". Pandai-pandai lah fikir & jaga diri. Ok entry ni sampai sini je dulu. Nanti aku buat untuk part 2 pulek. Nak tengok program apa yang ada kat KPTM boleh klik sini ---> PROGRAM DITAWARKAN DI KPTM. Kalau nak tanya apa-apa klik je link ke ask.fm aku. Ada kat sidebar belah kanan sebelah logo FB. Thank you for reading!
Boleh contact saya tak? Saya baru nak masuk intake Jan 2018...terima kasih sekiranya sudi bantu 0142268358-aini
ReplyDeleteHiii. Saya pon dapat masuk kuptm course tesl. Oh btw nak cakap pasal yuran tu. Boleh claim balik duit,tapi leceh sikit proses dia dan makan masa. Sebab dulu kakak saya dah bayar yuran apa semua. Tak jadi,lepas tu nak duit balik banyak la proses dia dan lambat. Berbulan baru dapat
ReplyDeleteHi. Awak dah masuk kuptm ke belum? Intake bila ya? Sbb saya pon akan mendaftar course tesl kuptm kl jugak.
DeleteAwk nk no fon..Kita dpt sama
DeleteNk ig awk sbb sy pn dapat sama nnti sy dm
DeleteAssalamualaikum.. Brapa lama ye boleh wat keputusan untuk terima tawaran ni? Sbb tengah tunggu dulu keputusan upu...and KPTM ni dapat TESL
ReplyDeleteAwk nk nombor fon..Kita dpt samaaa
ReplyDeleteMana nak dapatkan borang yang kena cop ke apa mak nenek tu semua ek? ;;;
ReplyDeleteBleh pm sye x sbb sye pon ade apply kuptm tesl... Cume x pham prosedur die...instagram ID:danielirfan69
ReplyDeletekalau saya nak amik tesl di perak, kena ulang alik ke sana ke untuk setlekan documents?
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's 상주 출장마사지 Cherokee Casino 이천 출장샵 & Hotel 경상남도 출장안마 is a hotel on 수원 출장샵 North Carolina's Eastern Cherokee Reservation. 충청북도 출장마사지 Property Name, Casino. Harrah's Cherokee Casino & Hotel.
Hi sis , saya dapat intake november . boleh tak nak tahu untuk satu sem berapa fee ya kena bayar ?
ReplyDeletesaya pon dpt intake nov....samelah skarang tgh cari senior blog yg explain fees by sem huhuu
Deleteharitu mohon september xde intake kan?
DeleteHaritu mohon yg july intake punye tapi tunggu upu pastu nk register balik dh full yg july so mohon yg nov punye intake
Deleteupu tak dpt offer btw
DeleteSlm ...sory nk tya graduan tesl kuptm blh x kalau nk apply ke sek dibwh mara spt mrsm bila dh hbis bljr tu
ReplyDelete